ASAS KESANTUNAN…

- Budaya = Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincagkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.
- Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi.
- Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
- Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah. Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah.