Saturday, September 20, 2014

TAKRIFAN KESANTUNAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

AWANG SARIYAN (2007)

  • penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang berbicara.
  • Bahasa yang digunakan penuh dengan adab, tertib dan bertatasusila supaya wujud suasana komunikasi yang harmoni.
  • Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku dan gaya dan ragam.
  • Pemilihan kata haruslah sesuai dengan situasi dan topik perbincangan.  
  • Nada perlu rendah / lembut manakala gerak laku adalah lemah lembut. 
  • Gaya dan ragam adalah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak.
  •  suara misalnya mesti tenang, lembut, jelas, tidak nyaring, tidak sinis, tidak marah, mengawal perasaan, tidak mengada-ngada dan tidak biadap.
KHALIFAH ABDUL MALIK MARWAN
  •  semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan orang lain ketika berdaya membalas, dan bersikap adil ketika kuat.

ASMAH HAJI OMAR (2000)
  • kaedah atau strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. 
  • Kesantunan perlu dikuti dengan tingkah laku dan tutur kata yang santun
  • telah membahagikan kesantunan kepada dua jenis iaitu kesantunan asas dan kesantunan berkala.
  • Kesantunan asas ialah kesantunan sedia ada yang merupakan pedoman bagi masyarakat berhubung antara satu sama lain.
  • Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan yang dilakukan oleh masyarakat dalam hubungan antara satu sama lain keadaan, situasi dan tempat tertentu
HAMKA
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  •  Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
  •  Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan bertambah naik tingkahlaku dan akal budinya.

ARISTOTLE

  • Yang meninggikan darjat seseorang ialah akal dan adabnya, bukan asal keturunannya.
  • Adab dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum.

No comments:

Post a Comment