Friday, September 19, 2014

KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA


PENGENALAN

     Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum. Antaranya ialah Melayu, Cina, India, Sikh, Iban, Kadazan dan sebagainya. Negara kita terkenal di seluruh dunia disebabkan oleh kekayaan budaya dan adat resam yang dimiliki oleh rakyatnya. Malah, ia juga terkenal dengan kesantunan bahasa yang ada padanya. Kesantunan berbahasa yang masyarakat kita memiliki merupakan salah satu faktor para pelancong sering kali datang melancong ke negara kita. Masyarakat negara kita dikenali sebagai rakyat yang berprihatin dan bersopan santun dalam kalangan para pelancong. Hal ini kerana kesantunan berbahasa yang masyarakat negara kita menggunakan dalam kehidupan seharian mereka.


DEFINISI KESANTUNAN BAHASA 

    Definisi kesantunan bahasa ialah kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan. Konsep kesantunan bahasa bermaksud cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan dan timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita. Contohnya, bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya. Bukan sahaja itu, kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
 

      Manusia telah cuba untuk mentakrifkan bahasa daripada beberapa segi. Contoh takrifan termasuk yang berikut ialah satu sistem untuk mewakili benda, tindakan, idea dan keadaan. Selain itu, satu peralatan yang digunakan untuk menyampaikan konsep realiti mereka kepada fikiran orang lain, satu sistem maksud yang dikongsikan antara mereka, satu kod yang yang digunakan oleh pakar linguistik untuk membezakan antara bentuk dan maksud, satu ucapan yang menepati tata bahasa yang telah ditetapkan dan satu penuturan yang akan dapat difahami oleh masyarakat linguistik.




No comments:

Post a Comment