Sunday, September 28, 2014

JENIS-JENIS KESANTUNAN

penJAGAAN MUKA SEBAGAI
       ASAS KESANTUNAN…


  .      Merujuk kepada air muka. Berkait rapat dengan maruah diri.Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti muka tembok, muka papan dan sebagainya. Ini menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka. Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imej sendiri dan juga keluarga. Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.

KONSEP KESANTUNAN    MERENTAS  BUDAYA…  Pengenalan: 
  •   Budaya = Budaya  atau kebudayaan (daripada perkataan                          Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi                  perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau                  akal) secara amnya membincagkan hal-hal berkaitan budi             dan akal manusia.   
  •     Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja.Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi.
  •    Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
  •    Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah. Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah. 


No comments:

Post a Comment